:: Susu Ibu - Bayi Lebih Cerdik ::

*Mempunyai IQ Lebih Tinggi*

Satu kajian dari Universiti Bristol, 8 daripada 10 kajian ke atas penduduk, dan ketiga-tiga kajian ke atas bayi dengan berat kelahiran yang rendah, mendapati kanak-kanak yang meminum susu ibu secara purata lebih cerdik daripada kanak-kanak yang meminum susu botol. Lebih lama kanak-kanak itu menyusu, lebih ketara kesannya.

Satu laji kajian yang menggunakan beberapa jenis ujian ke atas hampir 400 orang kanak-kanak mendapati IQ tertinggi (130 ke atas) dimiliki oleh kanak-kanak yang meminum susu ibu antara 4-9 bulan

Di SEpanyol, kajian pada tahun 1994, ke atas 229 orang bayi yang meminum susu ibu dan susu botol sejak lahir hingga usia 2 tahun mendapati perkembangan mental yang lebih rendah di kalangan bayi yang diberikan susu botol. Di Britain, kajian susulan pada tahun 1995, ke atas kanak-kanak yang dimasukkan ke klinik antenatal menguatkan kaitan di antara penyusuan ibu dan kepintaran kanak-kanak. kajian ini mendapati perkembangan mental yang lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang meminum susu ibu.

*Kebolehan bertutur dengan lebih baik*

Satu kajian dari New Zealand mendapati kanak-kanak yang diberikan susu ibu mempunyai kebolehan bertutur yang lebih baik (selain ujian kepintaran) pada usia 3, 5 dan 7 tahun.

*Pencapaian pembelajaran lebih baik*

Kajian selama 18 tahun ke atas lebih 1,000 orang kanak-kanak New Zealand mendapati mereka yang meminum susu ibu mempunyai tahap kecerdasan otak dan pencapaian yang lebih tinggi dalam bidang akademik

*Kemampuan membaca dan mencongak lebih baik*

Kajain dari New Zealand itu juga mendapati amalan melanjutkan tempoh penyusuan menampakkan peningkatan yang ketra dalam kemampuan membaca dan mencongak kanak-kanak.

Sekian, terima kasih
SUMBER : SUSU IBU - jadikan anak lebih pintar dan sihat

Comments

Popular posts from this blog

:: MELAKA - PERUBATAN TRADISIONAL BATU KARANG @ DURIAN TUNGGAL ::

:: SHOPPING - TILE MURAH @ KAJANG ::

:: SHOPPING - TILE MURAH ::